Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Friday 6 July 2012

SIAPAKAH LUQMAN AL-HAKIM YANG BIJAKSANA?

  Dia adalah seorang ayah yang sangat hebat dan cemerlang.  Ayah yang tidak jemu-jemu memberikan nasihat dan wasiat berguna kepada anak-anaknya.  Allah abadikan sebahagian nasihat-nasihat berguna itu di dalam surah Luqman.  Sering-seringlah membaca dan mengulang kajinya.
 
Al-Quran menceritakan bahawa Luqman telah mengajar anak-anaknya, seperti berikut (ayat 13-19):
 
1.    “Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, sewaktu dia memberikan nasihat: ‘Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya perbuatan syirik itu satu kezaliman yang besar’.” (Ayat 13)

2.    “Dan Kami wasiatkan kepada manusia terhadap kedua-dua ibu-bapanya.  Ibunya mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan, dan menyusuinya dalam tempoh dua tahun.  Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu-bapamu; kepada Akulah jua tempat kembali.” (Ayat 14)

3.    “Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.  Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik, dan turutlah jalan orang-orang yang kembali kepada-Ku.  Kemudian, kepada Aku-lah tempat kembali kamu semua, maka Aku akan menerangkan kepadamu segala yang kamu kerjakan.” (Aayat 15)

4.    “Wahai anakku! Sesungguhnya jika ada sesuatu sebesar biji sawi sekalipun, di dalam batu besar atau langit ataupun di bumi, nescaya akan didatangkan Allah, kerana sesungguhnya Allah amat halus pengetahuannya lagi amat meliputi.” (Ayat 16)

5.    “Wahai anakku! Dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah perbuatan mungkar dan bersabarlah atas bala bencana yang menimpamu.  Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang penting.” (Ayat 17)

6.    “Dan janganlah engkau palingkan mukamu dari manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan lagak yang sombong.  Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membanggakan diri.” (Ayat 18)

7.    “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu.  Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” (Ayat 19)

Seorang ayah yang dihormati sepenuh hati adalah seorang ayah yang meneladani Luqmanul Hakim dalam usaha mendidik anak-anaknya.

Sumber:  Anis sept 2011.












No comments:

Post a Comment