“ Segala niat tersimpan di dalam aku...lintasan dan luahan rasa akulah, yang mencorakkan kehidupan tuan aku. Aku berdoa agar rasa cinta aku kepada Rabbku dan RasulNYA akan membimbing tuan aku untuk menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa kepada suruhanNYA, berpegang teguh kepada pesanan RasulNYA .... al-Quran dan sunnah-sunnahnya."
Seorang penyair Farsi pernah bermadah:
‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’
Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...
Wednesday, 31 October 2012
10 LANGKAH MENUJU CINTA ALLAH....
Imam Ibnu Qayyim menjelaskan langkah-langkah menuju cinta Allah iaitu:
1. Membaca al-Quran dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksud yang benar.
2. Taqarub kepada Allah swt, melalui ibadah-ibadah fardhu.
3. Sentiasa ingat kepada Allah dalam segala tingkah laku, melalui lisan, hati, amal dan perilaku.
4. Cinta kepada Allah melebehi cinta kepada diri sendiri.
5. Sentiasa musyahadah (menyaksikan) dan makrifat (mengenal) Allah swt.
6. Menghayati kebaikan, kebesaran dan nikmat Allah lahir dan batin akan membawa kepada cinta hakiki kepadanya. Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah.
7. Ketundukan hati secara total di hadapan Allah.
8. Menyendiri bersama Allah ketika kesunyian malam.
9. Bergaul dengan orang-orang yang mencintai Allah.
10. Menjauh sebab-sebab yang menghalang komunikasi hati dengan Al-Khaliq.
Dipetik dari Anis julai ’11.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment