Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Wednesday, 31 October 2012

ANDAINYA AKU DAPAT KEMBALI HIDUP KE DUNIA...


Nescaya  aku akan  selalu membaca, berusaha memahami dan mengamalkan isi al-Quran.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan bacalah al-Quran itu dengan tartil (bertajwid)."                          (Surah al-Muzzammil 73:4)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:  “(Pada hari kiamat kelak) akan dikatakan kepada orang yang suka  membaca  al-Quran:  ‘Bacalah al-Quran dengan tartil  sebagaimana  kamu membacanya  di dunia dan naiklah (darjat demi darjat dalam syurga). Sesungguhnya   tempat (kedudukan)  kamu  adalah pada ayat terakhir yang kamu baca”.

(HR Abu Daud dan al-Tirmizi)

No comments:

Post a Comment