Abu Wail daripada Abdullah yang meriwayatkan daripada Nabi s.a.w. yang bersabda: Manusia dibangkitkan bersama orang kesayangannya. Daripada Anas ra. Nabi s.a.w telah bersabda; " Seseorang daripada kamu tidak lagi beriman sehingga aku lebih dicintai daripada orang tuanya, anak-anaknya dan manusia keseluruhannya.
Cinta dan kasih sayang adalah anugerah Allah. Allah menjadikan rahmat (belas kasihan lebih dicintai daripada orang tuanya, anak-anaknya dan manusia keseluruhannya.) sebanyak 100 bahagian. Allah simpan disisinya sebanyak 99 bahagian dan ia diturunkan kebumi satu bahagian sahaja. Rahmat yang satu bahagian inilah semua makhluk berkasih sayang dan saling belas kasihan antara satu sama lain. Sehingga Rasulullah s.a.w. menyatakan tiga perkara mengenai cinta yang biasanya dialami oleh manusia:
- Mencinta kedua orang tuanya.
- Mencintai orang tuan kepada anak-anaknya.
- Mencintai keseluruhan sesama manusia.
Dalam mencintai tiga perkara ini, manusia sering terlupa dan kadang-kadang tidak sanggup menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai kecintaannya yang utama. Cuba kita lihat bagaimana Abu Talib bapa saudara Nabi s.a.w. yang menyokong perjuangan Rasulullah s.a.w hingga akhir hayatnya. Walaupun Abu Talib tidak sempat masuk Islam dan demi cintanya kepada Rasulullah s.a.w., maka Allah telah meringankan siksaannya. Apatah lagi kalau orang mukmin yang mencintai Rasulullah s.a.w. dengan menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w., mengamalkan akhlak mahmudah yang Rasulullah s.a.w. sarankan, memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w. dan sebagainya, sudah barang pasti akan mendapat tempat disisi Rasulullah dan Allah s.w.t.
Hadis Nabi s.a.w.bermaksud: " Sesiapa yang mencintaiku, dia akan bersama-samaku di syurga."
Antara sifat-sifat mulia Rasulullah s.a.w. sehingga kita begitu berharap mahu dibangkitkan bersama-sama baginda menjadikan baginda sebagai teladan dan kesayangan ialah:
- Sayiditina Aisyah mengatakan akhlak Rasulullah adalah al-Quran. Sekiranya kita melihat al-Quran dan pengajarannya, itulah akhlak Rasulullah. Ini bermaksud seluruh kehidupan Rasulullahs.a.w. mengamalkan al-Quran.
- Bersederhana dan berterus terang.
- Apabila menderma, baginda memberikan langsung dari tangannya.
- Merendah diri.
- Amat suka kepada kebersihan.
- Kebaikan pada musuhnya membuat musuh mengkagumi.
- Kebaikan hatinya ditumpahkan kepada sesiapa sahaja, samada orang itu Islam, Yahudi, Nasrani dan penyembah berhala.
- Setiap permintaan orang ditunaikan.
- Mengasihani binatang-binatang.
- Tahan menderita kesakitan. Baginda melilihkan air mata tidak tertahan melihat penderitaan orang lain.
- Tidak pernah mengeluarkan perkataan keji dan menyakiti orang lain.
- Apabila berjanji, baginda menetapi miskipun halangan dan rintangan.
- Tiada satu pun pekerjaan halal dinaggap merendahkan dirinya.
- Bekerjasama mendirikan masjid dan menggali parit.
- Apabila mengenderai kenderaan, baginda tidak keberatan menumpangkan orang lain.
- Gemar mengendung anak-anak para sahabat.
- Tidak suka melihat orang berdiri menghormatinya ketika menyambut kehadirannya.
- Tidak membenarkan orang mencium tangannya ketika bersalaman.
- Menyambut panggilan orang lain walaupun berpangkat rendah dan hamba.
- Suka berdiam diri dan berkata-kata apabila perlu sahaja.
- Apabila berada bersama-sama sahabat tiada satu petunjuk menandakan baginda seorang Nabi.
- Orang yang tidak mengenali tidak dapat membezakan bahawa baginda adalah utusan Allah dan terpaksa menanyakan orang lain tentang baginda.
- Tidak pernah memutuskan percakapan orang lain.
- Apabila orang bercakap dan alasan untuk ketawa, baginda ketawa dengan penuh adab.
- Apabila berkara-kata, dapat dihitung perkataannya.
- Memakan dengan senang hati setiap yang terhidang.
- Cinta kepada sahabat.
- Apabila bersalaman, baginda bukanlah orang pertama menarik tangannya.
- Baginda sentiasa memberikan senyuman kepada sesiapa yang dijumpainya.
- Melarang tetamunya mengumpat orang lain.
- Sentiasa memberikan salam terlebih dahulu.
- Memaafkan kesalahan orang lain.
- Membiarkan sahaja penghinaan orang terhadap dirinya walaupun benar.
- Memenuhi permintaan orang lain miskipun menyukarkan baginda.
- Membela nasih janda, yatim piatu dan mereka yang memerlukan pertolongan.
- Menziarahi orang sakit untuk menanyakan keadaan mereka dan mengembirakan hati mereka.
- Mengiringi jenazah ke kubur.
- Tidak mengambil tindakbalas terhadap kesalahan orang lain.
- Berlaku adil apabila membuat keputusan tanpa mengira muslim, kafir, sahabat atau musuh.
- Keadilannya diakui walaupun sebelum menjadi Rasul.
- Hamba baginda bernama Annas menerangkan bahawa selama 10 tahun bersama, beliau tidak pernah dimarahi atau dipukul.
- Melakukan sendiri setiap pekerjaan.
- Membantu isteri dalam urusan rumahtangga.
- Memerah susu kambing sendiri.
- Menjahit pakaian sendiri. Berpakaian sederhana dan tidak malu bertampal.
- Membaiki kasut sendiri. Perkakas rumahnya hanya tempat tidur dan tempat air.
- Menambat dan menjada unta.
- Berbelanja ke pasar sendiri dan membantu jiran. Tidak pernah mempunyai wang yang banyak dikoceknya. Hanya cukup sekadar belanja harian.
- Makanan yang tidak menepati citarasanya dan tidak pernah dicela.
- Sebelum kewafatannya, baginda mengagih-agihkan hartanya apa yang ada dirumahnya kepada orang miskin.
Ustaz Husin (16/12/12)
HELWA, Al Munir Simbang,
Taman Perling, Johor Bahru
No comments:
Post a Comment