Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Monday, 17 December 2012

3 KATEGORI HAMBA..


Sikap orang-orang Islam terhadap kesalahan dan dosa  terbahagi kepada pelbagai kategori:

  1. Orang Islam yang sensitif terhadap kesalahan dan dosa lalu segera dan kembali kepada Allah.
  2. Orang Islam yang menyedari kesalahan dan dosa yang dilakukan dan merasakan perlu segera bertaubat kepada Allah swt tetapi secara sengaja atau tidak, melengah-lengahkan bertaubat kepada Allah.
  3. Orang  Islam yang tidak  berasa apa-apa apabila  melakukan dosa dan tidak merasakan keperluan untuk segera bertaubat.    
Justeru, marilah sama-sama kita muhasabah dan menilai di kategori mana kita berada.  Sekiranya kita berada di dalam kategori pertama, Alhamdulillah bertuah dan beruntunglah kita kerana kita termasuk dalam golongan yang dicintai Allah swt yang hidupnya diberkati dan berbahagia di dunia dan akhirat dengan mendapat nikmat syurga.

Sekiranya kita berada di dalam kategori kedua, kita sebenarnya dalam keadaan yang cemas dan berbahaya kerana kita tidak tahu kadar umur kita.  Justeru, kematian tidak diketahui masanya, taubat yang dilakukan juga tidak pasti diterima.  Keadaan ini memungkinkan kita mati sebelum sempat bertaubat dan memperbaiki diri, akhirnya celakalah diri.

Sekiranya kita berada di kategori ketiga, nauzubillah min zolik! Maka kita termasuk dalam golongan orang yang rugi, rugi di dunia dan akhirat, kita tidak selamat daripada seksaan api neraka.  Oleh itu marilah kita sama-sama membudayakan sikap bertaubat dan segera bertaubat kerana sikap bertaubat merupakan sifat mahmudah yang sangat dituntut serta dapat membentuk diri seseorang menjadi hamba yang sentiasa tunduk dan hampir kepada Allah swt.

 sumber: anis nov 2010.

No comments:

Post a Comment