Sama ada di dalam kesusahan mahupun kesenangan, berdoalah kepada Allah s.w.t. dia sangat suka kepada hamba-hamba-Nya yang mengingati dan memohon pertolongan-Nya. Berdasarkan hadis dan firman Allah, beberapa golongan dijanjikan doa mereka dimakbulkan. Antaranya...
Seorang mukmin yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya. “Tidaklah seorang Muslim berdoa untuk saudaranya tanpa pengetahuannya, kecuali malaikat akan berdoa untuknya, ‘Bagimu yang semisal dengannya?’”
Anak yang salih. “Apabila manusia telah meninggal dunia, maka putuslah amalannya kecuali 3 perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan anak salih yang berdoa untuknya.” (HR Muslim)
Orang yang banyak berzikir.
“Tiga jenis orang yang doanya tidak akan ditolak oleh Allah: Doa orang yang banyak berzikir, doa orang yang dizalimi dan doa pemimpin yang adil.” (HR Baihaqi dan Tabrani).
Orang yang dalam kesusahan.
“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesusahan apabila dia berdoa kepada-Nya..: (An-Naml:62)
Anak yang berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya.
“Sungguh, Allah benar-benar akan mengangkat darjat hamba-Nya yang salih di syurga hingga hamba itu bertanya, ‘wahai Rab, dari mana aku mendapat darjat (yang tinggi) ini?’ Allah menjawab, ‘Kerana permohonan ampun anakmu untukmu.’” (HR Ahmad)
Orang yang bermalam dalam keadaan suci dan berzikir kepada Allah.
“tidaklah seorang Muslim bermalam dalam keadaan suci dan berzikir kepada Allah, dia terbangun di waktu malam dan berdoa kepada Allah agar diberi kebaikan dunia dan akhirat kecuali Allah akan mengkabulkan doanya.” (HR Abu Daud & Ahmad)
Orang yang terbangun daripada tidur.
“Barang siapa yang terbangun di malam hari, kemudian membaca, ‘La llaha Illallah wahdahu la syarikalah lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai’in qadir. Alhamdullillah, wasubhanallah, walaa ilaha Illallah, wallahu akbar, wala haula wala quwwata Illa billah.’ Kemudian membaca ‘Allahummaghfirli’, atau dia berdoa, maka Allah akan mengkabulkan doanya. Kemudian apabila dia berwudhuk dan melaksanakan solat, Allah akan menerima solatnya.” (HR Bukhari).
Orang yang berdoa dengan doa Nabi Yunus (Zun Nun).
“Doa Zun Nun ketika dia berdoa ketika berada dalam perut ikan iaitu. ‘La Ilaha Illa anta subhanaka inni kunntu minazzolimin.’ Tidaklah seorang Muslim berdoa dengan doa tersebut dalam sebuah urusan kecuali Allah pasti akan mengkabulkannya.” (HR Termizi)
Orang yang berpuasa dan pemimpin yang adil.
“Tiga orang yang doa mereka tidak akan ditolak: (Doa) orang yang berpuasa ketika berbuka, pemimpin yang adil, dan orang yang dizalimi yang Allah angkat ke atas awan dan dibuka-Nya baginya pintu-pintu langit, lantas Allah berfirman, ‘Demi keagungan-Ku, sungguh aku benar-benar akan menolongmu meski setelah beberapa saat.’” (HR Tirmizi)
Musafir’
“Ada tiga doa yang pasti tidak dihalang dan tidak ada keraguan di dalamnya: Doa orang yang dizalimi, doa seorang musafir dan doa seorang bapa untuk anaknya.”
Orang yang dizalimi.
“ Dan hati-hatilah dengan doa orang yang dizalimi, kerana tidak ada penghalang antaranya dengan Allah.”
(HR Bukhari)
Orang yang menunaikan haji dan umrah, dan yang berperang di jalan Allah.
“Orang yang berperang di jalan Allah, orang yang sedang menunaikan ibada haji dan umrah, mereka adalah para tetamu Allah. Allah memanggil mereka, kemudian mereka menyambut panggilan Allah. Maka apabila mereka meminta kepada-Nya, nescaya Allah kabulkan permintaan mereka.” (HR Ibnu Majah.)
No comments:
Post a Comment