Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Monday, 16 January 2012

SUNGAI KU 2...


1971 Februari:


Aku mula bekerja di Kem Kesihatan (then Jln Young).  Tinggal di Bt 9 Cheras dengan emak saudara aku dan keluarganya.  Semua dalam keluarga itu  baik-baik belaka.  Aku tidak pernah rasa lapar sepanjang aku duduk di situ sebab nasi lemak enda sentiasa ade. Aku masih ingat cousin2 aku selalu buka rekod lagu-lagu hindi. Ada satu lagu ini amat aku suka mendengarnya. Puas aku nak ingatkan title nya. Dah lama baru dapat. Hai, cousin2 kat cheras..nongchik, aziz..ingat tak lagu ini.
                                                                                                          



                                          



Lepas tu  aku pindah, duduk dengan kawan-kawan (the Jalan Hale) di Kg. Baru.  Ok lah duduk ramai-ramai, kita learn to tolerate one another.  A nice experience. Masa tu pakai katil canvas je, yang boleh lipat tu.  Room mate aku, Azizah (muar) dan Kamsiah (seremban now Datin Khamsiah). Staying in this flat, i remembered one song masa bakat/bintang TV – Shagul Hamid – that wonderful sound; and the September 5 – woman..woman.


1973 – 1978:

Then kami ( Kamsiah & me) pindah ke Jln Ipoh, tambah member sorang lagi, Rozita, now married with an American. One day I met her in Jb. She was staying in S’pore, teaching TOUEFL.  Lost her number, dah tak jumpa lagi. Then Kamsiah masuk Utm and we went our separate ways.  I moved to Sg way.  A big bungalow house with 5 rooms – ramailah duduk sama-sama dengan anak saudara tuan rumah ( Maznah - fair and beautiful), all Kem Kesihatan staff. One day she advertised in the paper on a room for rent. Datanglah hamba Allah ni on Sunday,  kata nak sewa bilik.  We were all very friendly to her. Monday morning kami semua pergi, siap pesan..nak makan/minum...barang-barang ade kat here and there. Petang balik, the whole house habis kena selongkar,. Ni tak boleh jadi, kami pun moved out.  Carilah room to let..through agent. Agent tu tanya boleh share rumah tak?  Member pun cakap ok.  Kami ambil 2 bilik, a 2–storey house at Bangsar..dekat nak pergi keja tu.

Maka datanglah hari nak pindah. What happened after that sungguh-sungguh melucukan dan memang memalukan.  Masing-masing datang dengan barang-barang. Aku yang last datang.  Aku tengok kawan-kawan berdiri kat jalan. Aku tanya kenapa  tak masuk?  Rupa-rupanya agent tu sewakan 3 bilik lagi pada 5 orang male Sikh (pakai turban), staff of JS Gill, sports shop kat batu road tu.  Aduh..punyalah malunya..tak boleh nak cakap. Masing-masing tak nak masuk. Dah tak ade choice, kami moved in jugak.  Kalau dengan beg baju je, bolehlah cari tempat lain.  Ni sekali dengan  perabut.  Tak lena tidur kami dibuatnya.  Ingat lagi, jiran sebelah tu Malay bachelor boys, siap sindir kami dengan bercakap antara dia orang dengan slang Sikh. . Stayed there for a few days. Deposit habis burn. Split up..semuanya, bawak diri masing-masing. 

Aku pindah ke Brickfields, stayed there for sometimes, then member kawin. Aku pindah pula ke Gombak.  Stayed there sampai aku pindah ke JB ni. Two weeks before I got married (4/3/78), I got my transfer to Johor Bahru...and stay here ever since.




No comments:

Post a Comment