Peranan IMAN
1.
Tuhan Amirul Mukminin.
Saidina Umar al-Khattab telah mengeluarkan perintah
supaya jangan menipu dengan menjual susu yang bercampur air. Adakah perintah itu dapat menyaksikan rakyat patut
kepada arahannya?
Perjalanan sirah mengisahkan tentang seorang
ibu dengan puterinya. Suatu hari, si ibu ingin mencampuri susu yang dijualnya
dengan air supaya mendapat lebih keuntungan.
Lalu puterinya mengingatkan ibunya tentang larangan Amirul Mukminin itu.
Berkata si ibu, “ah, jika kita campur pun, Amirul
Muiminin tidak akan tahu.” Maka,
puterinya lantas membalas dengan jawapan yang mengharukan.
“Sesungguhnya, benar Amirul Mukminin tidak
melihat kita. Namum, Tuhan Amirul
Mukminin sentiasa memerhatikan kita.”
Begitulah hebatnya peranan iman dalam diri
anak perempuan penjual susu itu. Tanpa
iman yang jitu kepada Allah, tanpa rasa diri sentiasa diawasi Allah, sudah
pasti anak perempuan itu hanya menurut cadangan ibunya.
2.
“Engkau Telah Dimerdekakan.”
Abdullah bin Dinar mengisahkan, pada suatu
hari beliau berangkat ke Makkah bersama-sama Saidina Umar bin al-Khattab r.a..Di
pertengahan jalan, beliau terserempak dengan seorang pengembala kambing dari
atas gunung. Maka berkara Umar kepadanya
untuk mengujinya, “Wahai pengembala! Juallah kepadaku seekor daripada
kambing-kambing itu.” Lalu pengembala
itu menjawab, “Sebenarnya aku ini hamba sahaya.” Kemudian Umar berkata lagi, “Katakanlah
kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.” Menjawab pengembala itu, “Wahai, di mana
Tuhan?”
Sayidina Umar r.a. menangis mendengar jawapan
itu. Kemudian beliau mengikuti
pengembala itu dan membelinya daripada tuannya seraya memerdekakannya. Umar berpesan kepada pengemabala itu, “Engkau
telah dimerdekakan oleh ucapanmu di dunia, dan aku berharap agar engkau
dimerdekakan juga oleh ucapan itu di akhirat.”
Sumber:
anis jan’11
No comments:
Post a Comment