Segalanya bermula dari dalam. Lubuk hati sebagai sumber, sama ada hati itu hidup atau telah direntap kematian. Hati yang hidup dan sejahtera akan sentiasa bertemu kesedaran, keinsafan dan dipenuhi dengan rasa takutkan Allah. Hati yang tidak dicemari kotoran dosa akan membuak di muara matanya tangisan yang sangat bernilai. Taubat dan air matanya saling beriringan. Surah al-Mulk ayat 12: "Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka, mereka memperolehi ampunan dan pahala yang besar."
Makna: 'Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Allah semasa sendirian dan tidak melihat 'azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.'
Namun, berawaslah pada hati yang telah tersangat kotor dan berkarat. Jangan dibiar gelapnya terus memendungi sehingga tidak lagi ditembusi sinar keinsafan. Janganlah hendaknya telah mati hati dari keinsafan taubat yang telah dikuburkan pula bersama keranda kelalaian.
Ingatlah! Kesan dari hati yang keras, maka keringlah segalanya. Tiada lagi air mata keinsafan, tiada juga rintihan taubat dan sesungguhnya bintang ketakwaan adalah terlalu jauh dari jangakuan.
Menagislah kerana takutkan Allah. Alirkan air mata kerana memikirkan, bagaimanapunkah nasib nanti di hari akhirat. Tangislah pula diri pada diri yang tidak lagi boleh menangis.
Kalau terlalu membeku mata, maka pohonlah kepada Allah agar ditukarkan dengan hati yang lain, kerana hati yang ada ini tersangat rosak dan terlalu membusuk!
Hati orang-orang yang beriman tidak akan ada tanda noktahnya terhadap cinta mereka kepada Nabi dan juga kepada Allah selagi masih memegang erat kepada Al-Quran dan sunnah-sunnah Rasulullah saw. Amal pula bergantung kepada niat yang terletak
kepada hati yang ikhlas.
Sabda Nabi saw; “Ikhlaskan amal itu, cukuplah walaupun sedikit.”
Hadis yang ringkas ini sebenarnya membawa mesej yang sungguh jelas dan besar; amalan yang diterima Allah s.w.t. sebenarnya bukanlah terletak kepada jumlahnya, tetapi niat atau keikhlasan pelakunya.”
Sebagai peringatan kepada diri ini.....
No comments:
Post a Comment