Dugaan hidup yang dihadapi sebenarnya menjadi sebab Allah mahu mendidik kita untuk jadi hamba yang taat dan menyediakan kita untuk menjadi ibu yang solehah terlebih dahulu.
Kata seorang isteri yang telah 6 tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. ‘Saya perasan setiap kali saya dan suami membeli-belah dengan anak jiran, perangai suami jauh berbeza. Suami melayan saya dengan baik sekali dan macam-macam topic yang kami bualkan. Tetapi kalau saya dan suami sahaja di rumah, dia jarang melayan saya. Jika dia sedang menonton tv saya akan merapatinya dan menyandar pada tubuhnya dan dia akan buat tak layan. Sekejap-kejap dia akan tukar siaran tv. Sepatah saya tanya, sepatah dia menjawab. Kemudian akan terlelap di sofa dan biarkan saya tidur di bilik seorang diri.'
Bermacam usaha kami lakukan untuk mendapatkan anak Cuma belum ada rezeki. Nak ambil anak angkat, suami tak mahu. Tetapi baru-baru ini saya dapat tahu suami ada hubungan dengan saorang pensyarah. Paling menyakitkan hati, wanita itu bekas kekasih lamanya. Isteri orang pulak tu.
Saya kemudian berjaya mencari nombor telefon bimbit suami wanita itu dan saya mengadu apa yang telah berlaku. Apa lagi suami wanita tersebut mengugut hendak belasah suami saya dan memberi amaran supaya suami saya menjauhkan diri. Suami saya pula selepas peristiwa itu macam orang putus cinta, monyok, lemah, makan pun tak selera!
Baru-baru ini suami pula langsung tak balik rumah. Dua minggu saya menunggu dan cuba menghubunginya dan dia kata bosan nak balik. Saya tak tahu usahakan apa lagi.
Dulu bersama mak ayah memang saya jaga solat dan tutup aurat tetapi hidup dengan suami, saya sudah tidak menjaga semua sebab suami pun tidak solat. Saya rasa itu antara punca rumah tangga kami jadi begini. Saya rasa kalau saya bercerai, kehidupan saya akan lebih tenang. Apakah yang boleh saya lakukan? Saya dah buntu sangat.”
Usah jadikan perceraian pilihan pertama. Memilih perceraian sebagai jalan untuk mencari ketenangan? Kita berharap dengan perceraian. Kita akan makin dekat dengan Allah. Benarkah begitu?
Dalam satu hadis daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad saw bersabda: “Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talaq.” (Riwayat Abu daud dan Hakim.)
Ambillah perceraian sebagai jalan terakhir selepas semua usaha gagal. Cari akar permasalahan dalam rumah tangga itu sendiri; suami dan isteri tidak mengamalkan Islam.
Bertahan terlebih dahulu dan baiki diri. Selesaikan masalah satu persatu. Sekarang bukan isu bercerai tetapi isu membaiki diri. Usah lihat diri suami ‘buruk’, tetapi baiki dahulu akhlak kita sendiri. Solat lima waktu, penuhi masa-masa terluang dengan majlis-majlis ilmu, ikuti kelas pengajian al-Quran, tutup aurat dengan sempurna dan sibukkan diri dengan sesuatu yang menenangkan hati. Bertindak terus dan mohon kekuatan dari Allah.
Yakinilah apabila hubungan dengan Allah telah diperkemaskan, masalah yang kelihatan besar akan sendirinya menjadi kecil dan mudah Nampak jalan keluarnya. Sebenarnya kebanyakan masalah berpunca dari diri kita sendiri dan penawarnya ada pada diri kita juga!
Sabar dengan ujian.
Sabar dengan ujian.
Baiki hubungan dengan suami dan tetap berbuat baik kepadanya. Sekali pun dia tidak pulang ke rumah dan kita masih mampu sabar, maka bersabarlah. Ini ujian kecil daripada Allah. Selama bertahun-tahun kita lalai dengan suruhan Allah, Allah tetap bersabar dengan kita. Takkanlah dengan sedikit ujian ini pun kita tida dapat bertahan.
Bersangka baik pada suami
Bersangka baik pada suami
Rasa sunyi, sengsara, pedih, fikiran negatif dan syak wasangka akan terus membelasah hati kita setiap kali suami tidak berada di sisi kita, apatah lagi dua minggu menghilangkan diri.
Selepas ini fikirkan yang baik-baik mengenai suami. Bersihkan pemikiran kita terkebih dahulu, sebab fikiran kita banyak syak wasangka, kerana itu semakin teruk. Semangat kita makin lemah dan hati kita makin sakit dengan apa yang kita fikirkan. Serahkan semua perbuatan suami kepada Allah dan kita tidak berhak untuk menghukum.
Firman Allah: “Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi apa yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak kepadanya.” (Surah an-Nisa’: 18).
Firman Allah: “Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi apa yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak kepadanya.” (Surah an-Nisa’: 18).
Setelah berusaha dan terus berusaha, mungkin suatu hari nanti suami akan berubah. Yakinlah masa itu akan kunjung tiba. Amalkan baca surat ar-Rad:31 dan seru nama suami agar suami tergerak hati untuk pulang ke pangkuan. Surah Yusuf:4, al-Insyirah, surah ali Imran: 31 & Toha” 1-6 juga elok diamalkan untuk doa pelembut hati dan pengasih.
Usah gusar tentang anak. Allah belum mahu menciptakan zuriat dalam rahim kita lagi. Itu hak Allah. Mungkin Allah mahu mendidik kita untuk menjadi hamba yang taat dan menyediakan kita untuk menjadi ibu yang solehah terlebih dahulu. Kita boleh mencuba mengamalkan surah al-Ambiya’:89 dan surah al-Furqan:74 selain dari usaha lain. Insya’Allah yakinlah, ketetapan Allah pasti akan tiba. Usahlah minta untuk dipercepatkan atau memperlambatkan kerana Allah Maha Mengetahui yang mana terbaik untuk hamba-Nya.
p/s: artikel ini saya terbaca dari majalah dan ingin saya kongsikan bersama.
No comments:
Post a Comment